Wednesday 13 May 2015

Menembak di Kem Terendak

.

Lama eh tak update apa la yang saya buat kat ALAM ni.. Hah maklumlah buzy je memanjang.. Minggu ni saya amik radar plotting.. Korang tahu, memang susah gile radar plotting nih.. Dah exam dah hari tu,result hari Jumaat nih.. Hari exam hari tu saya kena demam pulak.. Sakit kepala.. Kepala saya jadi berat even dah telan panadol dua bijik.. Bila dah demam ni korang paham2 lah.. Memang tak larat betul nak buat latihan banyak2 nih.. Dugaan betol!! Haish.. Doakan saya berjaya k..

Nih nak share aktiviti minggu lepas,pada 9 May 2015, kami Pasukan PALAPES LAUT ALAM pergi menembak di Kem Terendak Melaka.. u olls jangan jeles ok.. Senjata M4 bukan M16 tapi still berat jugak.. Seawal pukul 6.30 pagi, pastu sampai je sana sediakan semua peralatan yang dikehendaki,, Dalam pukul 10 pagi baru mula menembak..  Menembak nih best giler.. tapi mula2 tu saya dapat score 6 mata je untuk 30 butir peluru.. Teruk gile kan2?? Jangan gelak! Susah okey! Dengan jarak 100 m target tu nampak kecik je.. 30 butir tu memang saya tak larat la.. Sampai sakit belakang.. Yela tulang da semulajadi bengkok.. so nak angkat barang berat sikit dah sakit.. lagi2 ada impact masa menembak tu.. so jadi badan sakit2 lah.. Tapi I still having fun.. Pastu saya diberi peluang untuk menembak 20 butir.. ni lawan antara kumpulan.. Masa ni saya dapat markah 41... Hah hebat kan??? hehehe :P (bangga pulak). Apa2 pun aktiviti ni sangat seronok so saya bagi 5 bintang. haha If korang ada peluang nak cuba menembak, jangan sia-siakan okey! Just target betul2 dan pegang senapang tu kuat2 pastu tembak je! Pang! Pang! Pang! (tips dari budak tak pandai menembak).













:: GRACIAS ::

No comments: